Assalamualaikum , Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia buat semua





























Rabu, 7 Ogos 2013

Video : Thriller

Michael Jackson - Thriller





Hindi Thriller



Isnin, 29 Julai 2013

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.
Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?
Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "
Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"
Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?
Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?
Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?
Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?
Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.


Khamis, 25 Julai 2013

Tips to Choose a Sweet & Juicy Watermelon :D


Selamat Mencuba :)


sumber : Encik Google :) 

Rabu, 24 Julai 2013

Kamu Pencinta SETIA @ TIDAK ?


1.Setiap kali kamu berdua keluar bersama, adakah kamu akan memakai pakaian daripada warna yang sama ?
 Ya.
 Tidak.
 Kadang-kadang sahaja.
J: Kadang-kadang sahaja.

2.Setiap kali berlakunya pergaduhan, kamu lebih banyak ?
 Menunjuk protes.
 Berdiam diri lebih baik.
 Tidak endah dengan apa yang di perkatakan
J: Menunjuk protes

3.Adakah kamu mempunyai kawan lelaki selain darinya ?
 Ada, hanya teman sekelas.
 Tidak, kerana teman lelaki cemburu.
 Banyak dan sangat rapat.
J: Ada, hanya teman sekelas

4.Walaupun pelbagai versi cerita tentang teman lelaki yang dikhabarkan kepada kamu agak negatif, kamu lebih selesa?
 Melenting dan marah.
 Selidik dan tanya dirinya.
 Masih setia dan menyayangi dirinya.
J: Selidik dan tanya dirinya

5.Sepanjang mengenali dirinya, si dia banyak membuatkan kamu ?
 Bahagia dan gembira.
 Sedih dan terluka.
 Biasa sahaja.
J: Bahagia dan gembira

6.Setiap kali kamu keluar, sekirannya ada lelaki kacak yang lalu pasti kamu akan ?
 Berpaling untuk melihat buat kali kedua.
 Tidak kisah.
 Teruja dan memberikan senyuman.
J: Tidak kisah

7.Kamu pernah dipukul dan dimarahi teman lelaki dengan teruk sehinggakan pekara itu menjatuhkan maruah kamu, tindakan kamu ?
 Masih sayang dan setia.
 Bertindak meninggalkan dirinya.
 Lawan dan tidak sesekali tunduk.
J: bertindak meninggalkan dirinya

8.Sepanjang bercinta, kamu pernah kantoi dengan teman lelaki tentang ?
 Berhubung dan bermesej dengan lelaki lain.
 Keluar dengan lelaki lain.
 Memasang dua dalam masa yang sama.
J: Berhubung dan bermesej dengan lelaki lain

9.Tiga perkataan mengambarkan diri kamu ?
 Suka berkawan, santai, dan gembira.
 Penyayang, romantik, dan pemalu.
 Baran, tidak suka dikongkong dan suka berkawan.
J: Baran, tidak suka dikongkong dan suka berkawan.

10.Sekirannya di beri pilihan, kamu akan memilih pasangan yang ?
 Kelakar dan romantik.
 Baik dan beriman.
 Nakal dan penyayang.
J: Nakal dan penyayang

Result:

WOW PENCINTA SETIA ITU IALAH KAMU! Walaupun kamu seorang yang nakal, dan gila-gila tapi jiwa kamu sangat sensitif. Nampak macam kental dan tidak kisah tetapi rupa-rupanya kamu kuat menangis. kamu sukar menerima kenyataan apabila teman lelaki kamu mula mengusik untuk mencari lain atau berkawan dengan perempuan daripada teman sekelasnya. Kamu sangat cemburu. Sungguhpun begitu, kamu tetap setia dan langsung tidak menghiraukan mana-mana lelaki kacak yang datang dan cuba merapati kamu. kamu tidak pernah endah dan melayan. Malah kamu hanya memandang sekali lalu sahaja. Teman lelaki tetap nombor satu di hati kamu! Si dia bertuah kerana memiliki kamu sebagai teman wanitanya.


sumber : REMAJA

Jumaat, 19 Julai 2013

Kucing yang rajin.


nak seekor lah :P

Doa Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Sabtu, 25 Mei 2013

Bilakah Iman Akan Terbatal ?

Soalan; Assalamualaikum ustaz, semasa di zaman universiti dulu saya ada belajar subjek aqidah. saya pelajar aliran sains, tapi di universiti saya ada masukkan jgk subjek2 agama. Alhamdulillah dapat la belajar sedikit sebanyak. dalam satu sesi tu, kami ada belajar tentang perkara2 yang membatalkan iman. Antaranya ialah seperti menghalalkan yang haram, mengharamkan yg halal dan juga lain2. Bila saya terfikir pasal benda ni saya jadi risau pulak ustaz. Sebab kadang2 tu kan macam bila kita ada buat dosa, pastu dalam hati kita macam tak kisah dengan perbuatan dosa kita tu...seolah-olah macam kita menghalalkan yang haram......ataupun kadang2 bila kita nampak perbuatan dosa depan mata kita, tapi kita macam tak kisah akan perbuatan tersebut....saya takut semua ini termasuk dalam kategori menghalalkan yg haram yang boleh membawa kepada batalnya iman....nauzubillah.... mohon penjelasan daripada ustaz. Syukran ustaz. Moga Allah merahmati ustaz.

Jawapan;

Iman yang sempurna terkandung di dalamnya 3 unsur;
1. Keyakinan hati
2. Pengakuan lidah
3. Amalan anggota

Unsur pertama dan kedua adalah dasar iman di mana jika tiada seorang itu adalah kafir. Jika seorang muslim hilang keduanya ia akan jadi murtad. Adapun unsur ketiga (amalan) ia adalah penyempurna kepada iman. Jika tiada, tidaklah menjadi kafir atau murtad, akan tetapi imannya tidak sempurna yakni ia masih dianggap mukmin, namun mukmin ashi (mukmin yang melakukan maksiat). Seorang mukmin yang sempurna ialah mukmin muthi' (mukmin yang taat).

Seorang muslim/mukmin akan jadi kafir/murtad jika hilang keyakinan hatinya terhadap Allah atau Rasul atau Agama (yakni mana-mana ajaran Islam yang pasti, yang tidak diragui lagi kedudukannya sebagai ajaran Islam). Jika ia mengisytiharkan ketidakyakinannya kepada orang lain, ia kafir/murtad di sisi Allah dan di sisi manusia. Jika ia tidak mengisytiharkannya, ia kafir/murtad di sisi Allah, adapun di sisi manusia ia masih Islam kerana keputusan di sisi manusia dihukum berdasarkan apa yang zahir/nampak.

Merujuk kepada soalan saudara, selagi seorang itu tetap meyakini perintah Allah dengan hatinya dan tiada tanda/bukti secara zahir ia menafikan perintah itu, ia masih mukmin walaupun ia tidak melaksanakan perintah itu. Namun jika ia meninggalkan perintah itu bersama hati yang engkar (tidak percaya lagi dengan perintah itu) atau ia bercakap mengkritik perintah itu (dalam keadaan ia tahu itu perintah Allah yang pasti, tiada keraguan), ketika itu ia jadi kafir/murtad.

Wallahu a'lam.


sumber : Laman Soal Jawab Agama

Isnin, 8 April 2013

Antara rahsia orang yang GAGAL


  • Suka dengar cakap orang.
  • Cepat mengaku kalah.
  • Hidup atas sudut pandangan orang lain.
  • Tidak sanggup berkorban.
  • Tidak ada komitmen.
  • Tidak percaya pada diri sendiri.
  • Tidak ada pendirian.
  • Banyak buat penangguhan.
  • Pasif.
  • Selalu berkata "Susahlah".
  • Kurang usaha.
  • Usaha sekali sekala.
  • Tidak suka orang.
  • Tidak disukai orang.
  • Selalu berkata "Lambat sudah".
  • Enggan belajar.
  • Jarang berdoa.
  • Sering meninggalkan solat.
  • Cepat jemu.
  • Cepat puas hati.
  • Pemalas.
  • Hanya merancang dan berfikir.
  • Tidak mengosongkan diri.
  • Cepat rasa selesa.
  • Seribu satu alasan.

Ahad, 7 April 2013

Lagenda Budak Setan 2 : Katerina



filem yang diadaptasi menerusi novel karya Ahadiat Akashah.
Yaya baru tengok tadi, hurmm boleh lah. lain sikit dari novel. hehehe , kita tunggu pulak yang ke-3.



Khamis, 4 April 2013

Video Pilihan : Kaka & Zizan - Bawaku Pergi [OFFICIAL VIDEO]




Lirik:

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Gambar Pilihan :


CHARLIE CHAPLIN & CAT :)

Perasaan




Thanks to  Fatin Fadzil . Apa yang awak cakap tu memang betul. Yaya setuju :)

3K - Kini Ku Kembali :)

Assalamualaikum kawan kawan ku. Yaya kini kembali setelah sekian lama menyepi. Maklum lahh, sibuk. hihihi. Kali nie Yaya tak ada topik nak dikongsikan. Otak serabut asyik ingat study.

Ohh ya, sekarang Yaya dah jadi student Politeknik. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Hambekk kau, panjang bebenor. Kini Yaya di semesta 3 dan tak lama je lagi Yaya dah nak final. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik Pejam celik. Kalau awak perasan, last Yaya update pun tahun 2011. Sekarang dah 2013. Lama kan Yaya menyepi.

Okay lahh, Yaya pun tak tahu nak cerita apa lagi. Nahh Yaya bagi lagu. Lagu untuk sahabat Yaya di luar sana . Kita Layan ~

 Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video