----------
Emmm . . coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil malah orang dewasa juga suka akan kesedapan coklat . Dengar cerita coklat banyak memberi kebaikan KESIHATAN , KECANTIKAN , dan GHAIRAH ORANG DEWASA . Sebab itu laa coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari hari tertentu . Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta ? Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga MAKANAN LAZAT ini digemari orang ramai ? Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya ?
----------
Jadi tanpa melengahkan masa lagi , jom ambil tahu pasal coklat . Jangan tahu makan saja tapi sikit info pun tak tahu .*HEHE Ayuh ambil tahu bersama Yaya :)
COKLAT ITU MENENANGKAN
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekdar perasaan sahaja . Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak . Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu . Selain itu , zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan saraf dan jantung yang membuat anda terjaga dan bersemangat . Kesan ini juga boleh diperoleh dari kafein pada kopi atau teh . Manfaat lainnya , ia juga boleh membantu meredakan batuk .
COKLAT UNTUK KESIHATAN
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan , kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid . Dengan adanya antioksida , ia mampu menangkap radikal bebas dalam tubuh . Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau , minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida . Disebabkan fungsi antioksidanya itu , maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan . Fenol , sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi . Selain itu , kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolesterol . Ia tidak menyumbat pembuluh darah .
COKLAT KAYA DENGAN VITAMIN
Coklat juga mengandungi beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti Vitamin A , Vitamin B1 , Vitamin C , Vitamin D , dan Vitamin E . Selain itu , coklat juga mengandungi zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi , kalium , dan kalsium . Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tertinggi . Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi , penyakit jantung , diabetes , sakit persendian dan masalah bulanan wanita , pra menstruasi (PMS) . Dengan menikmati coklat , ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita . Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS .
COKLAT UNTUK GHAIRAH SEKS
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta . Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut . Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya . Selain itu , coklat dapat memberikan kesan nyaman , rileks dan dapt meningkatkan ghairah seksual .
COKLAT BIBITKAN RASA CINTA
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira , meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta . Itu laa alasan yang boleh digunakan , mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta .
COKLAT UNTUK KECANTIKAN
Kebaikan lain dari coklat adalah untuk kecantikan . Anda tak percaya ? jom kita tengok ayat seterusnya . Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal . maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu luhur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit .
----------
Jadi sebagai kesimpulannya , coklat tidak menggemukkan malah mempunyai khasiatnya yang tersendiri . Tapi jangan laa secara berlebihan pula ye . Padah nasibnya jika berlebihan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan