Ramai yang berpendapat bahawa kacang akan mengakibatkan jerawat . Jangan mudah membuat persepsi sendiri tauu . Tahukah anda bahawa badam amat baik untuk diamalkan . Tiada siapa pun yang mampu menafikan badam sangat enak di makan . Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama chocolate , cookies , ice cream atau di letakkan di dalam kek . Nyumm Nyumm , sedap bukan ? Tape , teruskan mengunyah badam tuu sebab badam memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan kita . Selain itu , badam juga mampu membuatkan anda kenyang untuk tempoh yang lama . Kandungan serat yang tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus . Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi , zink , magnesium , kalsium , vitamin E serta protein yang diperlukan oleh tubuh . Woww , hebat kan kacang badam . Nampak je kecik , tapi banyak khasiat nye . Nak tahu lagi pasal badam ? Jom kita baca yang seterusnya .
Berdasarkan kajian dari Universiti California , badam kaya dengan 'polyunsaturated fat' . Seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi boleh menurunkan kadar kolesterol dengan mengamalkan pemakanan badam dalam diet hariannya . Jadi , ambillah badam setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan anda .
Makanan yang berasaskan kacang seperti badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida agar kulit anda menjadi lebih kuat dan sihat saat berada di bawah sinaran matahari . Bahkan , mereka yang gemarkan badam juga memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung . Emm , anda nak kelihatan cantik menawan ? Makan laa Kacang Badam banyak banyak , hee :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan