Assalamualaikum , Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia buat semua





























Rabu, 24 Julai 2013

Kamu Pencinta SETIA @ TIDAK ?


1.Setiap kali kamu berdua keluar bersama, adakah kamu akan memakai pakaian daripada warna yang sama ?
 Ya.
 Tidak.
 Kadang-kadang sahaja.
J: Kadang-kadang sahaja.

2.Setiap kali berlakunya pergaduhan, kamu lebih banyak ?
 Menunjuk protes.
 Berdiam diri lebih baik.
 Tidak endah dengan apa yang di perkatakan
J: Menunjuk protes

3.Adakah kamu mempunyai kawan lelaki selain darinya ?
 Ada, hanya teman sekelas.
 Tidak, kerana teman lelaki cemburu.
 Banyak dan sangat rapat.
J: Ada, hanya teman sekelas

4.Walaupun pelbagai versi cerita tentang teman lelaki yang dikhabarkan kepada kamu agak negatif, kamu lebih selesa?
 Melenting dan marah.
 Selidik dan tanya dirinya.
 Masih setia dan menyayangi dirinya.
J: Selidik dan tanya dirinya

5.Sepanjang mengenali dirinya, si dia banyak membuatkan kamu ?
 Bahagia dan gembira.
 Sedih dan terluka.
 Biasa sahaja.
J: Bahagia dan gembira

6.Setiap kali kamu keluar, sekirannya ada lelaki kacak yang lalu pasti kamu akan ?
 Berpaling untuk melihat buat kali kedua.
 Tidak kisah.
 Teruja dan memberikan senyuman.
J: Tidak kisah

7.Kamu pernah dipukul dan dimarahi teman lelaki dengan teruk sehinggakan pekara itu menjatuhkan maruah kamu, tindakan kamu ?
 Masih sayang dan setia.
 Bertindak meninggalkan dirinya.
 Lawan dan tidak sesekali tunduk.
J: bertindak meninggalkan dirinya

8.Sepanjang bercinta, kamu pernah kantoi dengan teman lelaki tentang ?
 Berhubung dan bermesej dengan lelaki lain.
 Keluar dengan lelaki lain.
 Memasang dua dalam masa yang sama.
J: Berhubung dan bermesej dengan lelaki lain

9.Tiga perkataan mengambarkan diri kamu ?
 Suka berkawan, santai, dan gembira.
 Penyayang, romantik, dan pemalu.
 Baran, tidak suka dikongkong dan suka berkawan.
J: Baran, tidak suka dikongkong dan suka berkawan.

10.Sekirannya di beri pilihan, kamu akan memilih pasangan yang ?
 Kelakar dan romantik.
 Baik dan beriman.
 Nakal dan penyayang.
J: Nakal dan penyayang

Result:

WOW PENCINTA SETIA ITU IALAH KAMU! Walaupun kamu seorang yang nakal, dan gila-gila tapi jiwa kamu sangat sensitif. Nampak macam kental dan tidak kisah tetapi rupa-rupanya kamu kuat menangis. kamu sukar menerima kenyataan apabila teman lelaki kamu mula mengusik untuk mencari lain atau berkawan dengan perempuan daripada teman sekelasnya. Kamu sangat cemburu. Sungguhpun begitu, kamu tetap setia dan langsung tidak menghiraukan mana-mana lelaki kacak yang datang dan cuba merapati kamu. kamu tidak pernah endah dan melayan. Malah kamu hanya memandang sekali lalu sahaja. Teman lelaki tetap nombor satu di hati kamu! Si dia bertuah kerana memiliki kamu sebagai teman wanitanya.


sumber : REMAJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan