Assalamualaikum , Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia buat semua





























Sabtu, 5 Februari 2011

AWAS dengan pelembap bibir

Korang suke pakai pelembap bibir tak ? Mesti ade yang yang suke ade yang tak suke . Bagi yang suke pakai pelembap bibir , korang tauu tak benda tu berbahaya . Tak percaya ? Betol , Yaya tak tak tipu . Nie bukan main main tauu . Korang nak tauu tak kenapa ? Betol nak tahu nie ? Ok ok , jom kite ambil tahu same same .

----------


Percaya atau tidak , sebenarnya pelembap bibir hanya membuatkan masalah yang anda hadapi bertambah kritikal . Malah bukan untuk memulihkan bibir anda . Mungkin anda tak percaya , tapi tahukah anda , bahawa anda tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai alahan terhadap pelbagai jenis produk penjagaan bibir . Jika anda ingin menggunakan pelembap bibir , pastikan ia daripada jenis hypoallergenic yang mengandungi 1% hydrocortisone . Pastikan juga ia tidak mengandungi lanolin , menthol atau asid yang terkandung di dalam pelembap bibir kerana bahan bahan ini boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan terutama ketika bibir anda merekah . Terdapat juga pelembap bibir yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan alahan . Sebagai langkah pencegahan awal , pastikan anda sentiasa terhindar daripada masalah ini dengan meminum banyak air . Jangan selalu membersihkan bibir dengan lidah kerana ia bukan membantu anda melembapkan bibir sebaliknya ia hanya akan memburukkan lagi keadaan dan masalah bibir anda .

----------

Hahh , dah baca kan ? Jadi , korang pilih la dulu pelembap bibir yang sesuai sebelum beli . Atau Yaya cadang kan korang pakai madu . Madu ? Ye , madu . Madu lebah tuu . Korang calitkan madu pada bibir sebelum masuk tidur . Pasti masalah bibir kering atau merekah akan pulih . Lakukannya berulang kali untuk mencegah dari berlakunye masalah lagi . SELAMAT MENCUBA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan