Assalamualaikum , Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia buat semua





























Rabu, 2 Februari 2011

Rahsia Sebiji Epal


Bagi epal merah , ia mengandungi serat yang larut dalam air , asam organik , dan kalium . Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah . Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh , menyerap kelebihan air dalam usus , membantu mengurangi masalah karies gigi dan gusi serta menurunkan kadar kolestrol .


Bagi epal hijau pula , mengandungi zat besi , magnesium , potasium , kalsium , soldium , vitamin C , vitamin A , vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut . Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya . Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah . Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit . Kemudian letakkan di muka , biarkan selama 15 minit . Anda akan dapat rasakan kesegarannya . Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan